Tanyakan Tentangku Jika Aku Tiada Di Surga Nanti!
Diriwayatkan, bahawa : Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada ALLAH: "Yaa Rabb.. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami." Maka ALLAH berfirman: "Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah" (HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis: "Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada ALLAH tentang aku:
"Wahai Rabb Kami.. Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
SAHABAT Ku.. Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang ALLAH ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya ALLAH... Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu.. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...
Oleh itu... Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.
WAHAI SAHABATKU
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI —
Posting Komentar